backgd

Thursday, 29 May 2014

[ Gagalkan Jea ]

" Ikut hati nak jea aku gagalkan budak nie. "



Selama tiga bulan aku sebagai pensyarah sambilan, aku perhatikan ada sesetengah student nie tak berapa nak cukup ajarannya. Mungkin sebab dia anggap yang aku nie hanya pensyarah sambilan. Masih muda. Umur range diorang jea. Mengajar pun tah pape entah. Mungkin tak layak dihormat.

Tapi bagi aku. Aku dulu, bukanlah aku nie lama sangat tinggal alam universiti sampai aku nie ketinggalan dengan diorang yang generasi baru nie. Kita tak der lar jauh sangat bezanya. Still zaman yang sama. Tapi kenapa aku rasa macam diorang nie sangat tak berapa nak penuh ajarannya.

Aku dulu, dari sekolah menengah pernah rasa time cikgu mengajar aku tak tahu apa yang diajarkan. Masuk universiti pun sama. Ramai jea lecturer yang tak berapa nak tahu hujung pangkal yang diajarkan. Tapi still aku boleh hormat dorang. Last lecture boleh jea pergi jumpa dorang untuk salam sebab nak minta keberkatan dia sebagai guru untuk doakan kejayaan kita dalam final supaya lulus dengan cemerlang. Boleh jea senyum2 lepas kelas kalau terserempak dengan lecturer aku.

Tapi apa yang jadi bila aku jadi lecturer, tak macam tu... Adakah sebab zaman kita berbeza? Tak rasanya. Sebab dia just adik beberapa tahun sahaja. Tapi kenapa boleh jadi macam tu? Tak der respek langsung. Aku pun tak hadap sangat dengan respek dia. Tapi you as a student, you should know your adab.

Lepas lecture last, orang lain semua pergi depan. Minta tips untuk final nie. Tapi tengok2 dia dah tak der. Aku bersangka baik sesama manusia yang dia ada kelas lain yang dah lambat untuk masuk. So let it go.

Tapi bila aku masuk pejabat tengok dia on the way turun untuk keluar and langsung tak der tegur aku as her lecturer, memang aku rasa geram dengan budak nie. Aku tak hadap untuk dia tegur aku. Tapi at least show some respect. Habis duit ker kalau kau nak respect your own lecturer?

Selesai urusan dalam pejabat, aku on the way untuk ke kereta. Jumpa lagi sekali. Still tak der senyum ker apa ker.. Mati ker kalau senyum untuk lecturer sendiri?? Even lecturer tu adalah lecturer yang paling kita tak paham subjek dia. Paling kita benci. Paling meluat. Paling tak matured. Salah ker? Aku minta pulut kuning 1cupak, ayam golek sekor ker? Sampai susah sangat nak senyum tu?




Ikut hati memang aku rasa macam nak gagalkan jea. Tapi benda nie tak elok. Sebab lepas nie kemungkinan aku akan belajar lagi. So aku tak nak lecturer aku lepas nie gagalkan aku sebab kesalahan kecil.

Moral of the story sekarang nie..
: : Macam mana kita tak suka lecturer tu, ilmu dia penting untuk kita.
: : Walaupun kita benci dia, tapi jangan benci pada ilmu dia. Itu pesanan cikgu aku yang memang sangat tersemat dalam kotak ingatan aku sampai bila2 sebab dia adalah seorang guru yang sangat tidak disukai oleh muridnya kerana ketidakfahaman pelajar pada ajarannya.
: : Student yang still berada di universiti especially student tahun 1, perjalanan hidup awak dalam universiti still jauh. Jangan sampai perlakuan awak boleh menyebabkan lecturer akan curse awak. Percakapan seorang guru mujarab.
: : Awak hormat ker tak hormat ker, gaji guru/lecturer takkan berkurang. Sebaliknya keberkatan ilmu tersebut akan berkurang sekiranya guru tidak halalkan segala ilmu yang dicurahkan ke atas dirimu



REMEMBER
: : Senyum itu sedekah


wzrcloset

No comments:

Post a Comment