backgd

Saturday, 17 May 2014

[ Erti Syukur ]

Kita seringkali melihat apa yang tiada pada kita dan sering mengeluh mengenangkan ketiadaan tersebut. Kita jarang sekali mengucapkan syukur atas apa yang ada. Nikmat yang tak putus2 diberikan kepada kita. Sekecil2 benda yang terjadi pada kita adalah suatu nikmat. Sekiranya kita cakap 'tak der aper yang elok berlaku dalam hidup saya. Smua benda yang saya tak ingini berlaku'.. Justeru, fikirkanlah bahawa kita berkesempatan untuk hidup untuk merasai apa yang kita tidak ingini itu adalah suatu nikmat. 


Saya selalu mengeluh. Sedangkan banyak benda baik yang berlaku.
Berkemungkinan benda yang tak kita ingini itu akan menjadi sesuatu yang sangat mendatangkan untung bagi kita.
Berkemungkinan suatu benda yang kita sangat ingini adalah benda yang akan mengakibatkan hidup kita akan menjadi teruk.
Semua itu bisa terjadi kerana kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi di masa hadapan. Kita hanya tahu dalam masa yang singkat sahaja.
Allah yang Maha Mengetahui tentang hidup kita dan mengaturkan yang terbaik untuk hidup kita.

Kita akan mengalami ketenangan yang hakiki..


: : Peringatan buat diri sendiri 
: : Mudah2an kita tergolong dengan orang yang sentiasa mensyukuri nikmatnya
: : Semoga Allah mengampuni dosa dan kesilapan kita yang terdahulu secara sedar mahupun tidak

No comments:

Post a Comment